About Me
Terapi Mp3 Brainwave
Tips Penggunaan Umum
1. Minumlah segelas air sebelum
sesi. Terapi Gelombang Otak (Brainwave) memiliki
kecenderungan untuk meningkatkan
aliran darah, metabolisme dan aktiviti listrik otak.
Anda harus minum segelas air kosong
untuk hasil terbaik.
2. Tutup mata Anda untuk
menghilangkan banyaknya kemasukan input data yang
diterima oleh otak yang boleh
menyebabkan otak sukar untuk 'berehat'.
3. Terapi Gelombang Otak (Brainwave)
dapat mengakibatkan sakit kepala vaskular
disebabkan oleh peningkatan aliran
darah di otak. Untuk mengatasi ini, picit dengan
lembut kelopak mata Anda, kulit
kepala, dahi, rahang dan telinga. Untuk permulaan ia
adalah normal. Pastikan Anda ikut
arahan no. 1 di atas.
Saat Mendengarkan Terapi Brainwave:
- Dengarkanlah Brainwave dengan
sikap ikhlas, menerima dan terbuka.
- Untuk hasil maksima, sila gunakan
Headphone. Dengan menggunakan Headphone,
suara akan langsung masuk ke otak
tanpa terganggu dengan gelombang suara lain.
- Hayati sepenuhnya semua suara yang
tertangkap oleh telinga Anda.
- Dalam mendengarkannya, atur posisi
sikap senyaman mungkin. Dengan duduk
seperti meditasi agar tidak
tertidur, atau boleh duduk bersandar di sofa.
- Bayangkan dan hayati (visualisasi
dan afirmasi) doa dan harapan sesuai dengan
keinginan Anda apabila benar-benar
terasa 'deep' atau dalam kondisi alpha/theta.
- Jika fikiran-fikiran yang tak
diundang datang, biarkan saja dan dengan perlahan
kembalikan fokus Anda kepada
penghayatan indera pendengaran Anda.
Saranan Penggunaan
Disarankan untuk
visualisasikan/membayangkan (mengucapkan dalam fikiran/ merasai
dengan perasaan Anda) secara
berulang-ulang saat mendengarkan atau sebelum
memulai sesi. Misalnya Anda sedang
melakukan terapi Attract Wealth maka afirmasi
dan visualisasikan ( serta merasai
dengan perasaan Anda) AKU MENARIK
KEKAYAAN DENGAN MUDAH, KEKAYAAN DAN
KEBERLIMPAHAN DATANG DARI
SEGENAP PENJURU DUNIA, DARI 8 ARAH
MATA ANGIN berulang ulang. Visualisasi
Ini akan memperkuat dan
mempercepatkan efek.
- Penderita sawan babi
- Pengguna alat pacu
jantung (Pesakit jantung)
- Mereka yang mudah
mengalami kekejangan (seizures)
Dianjurkan mendapat
khidmat nasihat dari doktor sebelum menggunakan Terapi
Brainwave, bagi:
- Mereka yang sedang
dalam proses mendapat rawatan dari doktor.
- Wanita hamil*
- Usia dibawah 18 tahun*
*Hanya untuk
berhati-hati, meskipun efek negatifnya hampir tidak pernah terdengar.
Sebelum menggunakan
Brainwave, pengguna dibawah usia 18 tahun dan wanita hamil
disarankan untuk
mendapatkan khidmat nasihat doktor untuk diperiksa terhadap
kemungkinan mengalami
kekejangan (seizures).
Beberapa tips supaya
lebih selesa mendengar produk Brainwave (BW)
1. Sekali lagi, HARUS
didengarkan dengan headphone atau earphone. Tidak boleh
dengan speaker
terbuka/aktif (efeknya kurang ummphhh!). DISARANKAN terbaik
guna headphone.
2. Elakkan mendengar BW
sambil mengerjakan pekerjaan lain (surf internet, main
game, main handphone atau
lain-lain).
3. Volume jangan
terlalu besar. Yang membuat efek kepada fikiran kita itu bukan suara
dengungnya, tapi
perbezaan fasa antara telinga kiri dan kanan. Jadi slow
volume se-selesa mungkin agar
dapat mendengar dengan jelas.
4. Paling baik
didengarkan sambil rileks, pejamkan mata, duduk bersandar di sofa atau
boleh dibawa meditasi.
5. Pastikan apabila
mendengar sesuatu BW, sesuaikan dengan masa seharian. Jika
ada 2 BW, dengarkan 1 di
sebelah pagi dan 1 lagi di sebelah malam.
6. DILARANG mendengar 2
BW dalam jarak masa yang dekat. Pastikan paling kurang
selepas 4 jam barulah
mendengar BW yang lain. Boleh menyebabkan efek
sakit kepala atau mual
sebab otak 'nak proses dan selaras' dengan frekuensi sesuatu
BW ambil masa. Sama
seperti perut nak menghadam makanan.
7. Jika BW frekuensinya
BETA, sebaiknya dengar di waktu pagi. BW frekuensinya
ALPHA bila-bila masa. BW
frekuensinya THETA & DELTA, sebaiknya dengar sebelum
tidur. Jika melakukan
sebaliknya, pagi tidur malam pula berjaga. :-)
Inti dari self-hypnosis adalah
konsentrasi.
Otak atau minda kita terdiri dari
bahagian sedar (conscious) dan bawah sedar
(subconscious).
Bahagian ini adalah yang selalu kita
gunakan untuk mengendalikan gerakan tubuh kita
secara sedar. Misalnya kalau kita
ingin berjalan atau berlari, minda sedar ini akan
memerintahkan kaki kita untuk
bergerak dan mengawalnya.
Termasuk dalam minda sedar adalah
aktiviti berfikir dan analisis. Dalam kehidupan
seharian, minda sedar (conscious
mind) adalah yang paling sering kita gunakan.
Minda bawah sedar (subconscious
mind)
Bahagian yang mengendalikan tubuh
kita secara tidak kita sedari. Bahagian ini
umumnya berfungsi untuk mengatur
kitaran organ tubuh agar tetap normal secara
automatik dan terprogram.
Misalnya mengendalikan peredaran
darah, mengatur detak jantung dan nadi, sistem
pencernaan dan rembesan hormon.
Bahagian ini umumnya tidak dapat kita kendalikan
secara sedar.
Kedua minda ini dibekalkan oleh
darah untuk menjalankan aktivitinya. Konsentrasi
berfungsi untuk mengurangi bekalan
darah ke minda sedar kita, jadi saat konsentrasi
kita harus dalam posisi rileks &
se-nyaman mungkin, sehingga peredaran darah
lebih dominan membekalkan ke
bahagian minda bawah sedar kita.
Visualisasi
Visualisasi dipercayai sebagai hal
yang paling berkesan di antara sugesti dan
kata-kata afirmasi. Dalam
visualisasi kita dianjurkan untuk tidak hanya melihat, namun
juga mendengar, meraba, bau, dan
merasakan keinginan kita seolah-olah
ia benar-benar ada di hadapan kita
saat ini.
Pemograman minda bawah sedar
dipercayai yang paling optimal adalah pada wilayah
gelombang Theta, iaitu titik di
antara wilayah Alpha (mengantuk) dan wilayah Delta
(tidur lelap). Wilayah theta ini
hanya berlangsung dalam hitungan beberapa saat saja
terus kita langsung masuk ke delta
(tertidur).
Jarang sekali kita boleh ingat apa
yang kita fikirkan dalam kondisi theta, apalagi
berusaha untuk tetap sedar melainkan
mereka yang telah lama berlatih meditasi @
tafakur, ahli dzikir. Yang ada pun
akan berpatah balik ke alpha, atau terus terlajak
ke delta.
Visualisasi harus dilatih
terus-menerus & fokus selama dalam kondisi alpha. Jadikan
visualisasi sebagai perkara terakhir
di minda pada saat masuk wilayah theta.
Maksudnya ialah dalam wilayah alpha
kita visualisasi terus-menerus dan apabila
hampir masuk ke wilayah theta
pastikan tetap teruskan visualisasi sehinggalah kita
masuk ke wilayah theta. Sebab ketika
dalam wilayah theta agak sukar untuk
divisualkan.
Kurangi makan dan minum. Paling baik
adalah berpuasa.
Amalan berpuasa atau berlapar ini
akan mengistirehatkan organ pencernaan kita.
Sehingga energi lebih terfokus pada
otak kita. Jika sering berpuasa Isnin-Khamis,
potensi untuk mengoptimalkan bawah
sedar sangat luar biasa. Jadi jangan
meremehkan orang yang rajin
berpuasa, kerana mereka mempunyai kebolehan minda
bawah sedar yang luar biasa.
Tetapi, niat berpuasa biarlah kerana
Allah, ia adalah perintah Allah dan sunnah
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi
Wasallam. Kelebihan-kelebihan lain mendatang kemudian
tanpa perlu kita fokuskannya.
Perlukah Brainwave (BW)?
BW sebetulnya tidak diperlukan. Brainwave
hanyalah alat-bantu menghantarkan
kita ke kondisi alpha dan theta. Muzik iringan pada brainwave
hanyalah tambahan
untuk rileksasi dan mempertahankan
atau membuatkan kondisi theta lebih lama
dan mencegah kita langsung tertidur
lelap.
Beberapa CD BW yang memberikan
arahan juga hanyalah membantu melakukan
visualisasi secara jelas
(kebanyakannya ramai yang sukar untuk visualisasi sendiri).
Analogi Delta, Theta, Alpha, Beta,
& Gamma
Untuk mudah faham tentang analogi
delta, theta, alpha, beta dan gamma saya berikan
contoh seperti kereta di mana ada
tingkatan pertukaran gear dari satu tahap ke satu
tahap gear kereta.
Gear pertama: DELTA
Ini biasa
disebut deep sleep, keadaan ini disebut tidur pulas, dan biasanya terbahagi beberapa
level(max level 4). Orang dalam keadaan koma masuk dalam keadaan kondisi delta
tahap 4.
Gear kedua: THETA
Ini adalah tahap yang biasa dicapai
dalam meditasi, atau alam super sedar. Biasanya
tahap ini digunakan untuk meditasi,
penyembuhan, program ulang bawah sedar, lucid
dream, supranatural, dan lain-lain.
Gear ketiga: ALPHA
Ini adalah tahap kondisi otak dalam
keadaan sangat rileks. Biasanya tahap ini untuk
rileks, meningkatkan kreativiti dan
visualisasi.
Gear keempat: BETA
Ini adalah tahap dalam kondisi di
mana otak benar-benar alert atau sedar
sepenuhnya. Di mana kondisi otak
sangat sedar ketika bekerja dan belajar. Biasanya
otak manusia banyak menggunakan
kondisi ini dalam kehidupan seharian.
Gear kelima: HIGH BETA=GAMMA
Ini adalah tahap otak dalam kondisi
puncak, biasanya juga disebut dalam kondisi stres
jika berterusan dalam seharian.
Manusia umumnya hanya menggunakan 3 gear
saja, contohnya bangun tidur (gear 1 -
Delta), terus bangun, terus langsung
bekerja (gear 4 - Beta dan gear 5 - Gamma).
Jarang sekali menggunakan gear 2
(Theta) and gear 3 (Alpha).
Bayangkan saja seperti kereta, dari gear
1 terus lompat guna gear ke 4 terus gear 5,
tanpa melalui gear 2 and 3. :-)
Sebaiknya apabila bangun dari tidur
(gear 1 - Delta) kita melakukan solat tahajjud
sekurang-kurangnya 2 rakaat. Jika
tidak sempat, kita tetap melakukan solat fardhu
Subuh (gear 2 - Theta).
Selepas itu menghabiskan wirid sehingga matahari terbit
(gear 3 - Alpha). Kemudian
membuat senaman ringan dan bersiap sedia untuk bekerja
(gear 4 - Beta).
Bagaimana
Mengukur Kondisi Meditasi Ketika Mendengar Brainwave
Untuk membantu anda
mengerti kedalaman rileksasi fikiran dan fizik ketika meditasi,
berikut adalah Subjective
Landmark atau acuan yang disusun oleh Anna Wise.
Biasanya menggunakan Mind
Mirror untuk melihat dan mengukur rileksasi fikiran dan
untuk mengukur rileksasi
fizik. Namun, bila tidak ada Mind Mirror dan, cukup menggunakan Subjective
Landmark, hasilnya lebih kurang sama.
Cara membaca Subjective
Landmark adalah dengan melihat Level,
Pengalaman/Sensasi Subjektif, ESR,
dan EEG. Penjelasannya
sebagai berikut:
Level menunjukkan kedalaman
rileksasi. Semakin besar angka Levelnya bererti
semakin dalam. Level dimulai dari angka 0 (nol)
sampai 6 (enam).
Pengalaman/Sensasi Subjektif adalah
apa yang kita alami atau rasakan samada di
fikiran mahupun di fizik. Gunakan
pengalaman yang disebutkan di skala ini untuk
mengetahui anda berada di level
mana.
ESR Meter adalah alat ukur yang mengukur
rileksasi fizik dan menggunakan skala
Lesh. Semakin kecil angka di ESR
Meter bererti semakin rileks fizik kita. Dengan
menggunaakn ESR Meter diketahui
bahwa rileksasi fizik saat seseorang tidur
berkisar antara 13 – 17. Sedangkan
bila dengan meditasi boleh mencapai antara 0 –
5. Hal ini menjawab mengapa walaupun
telah cukup tidur orang sering merasa lelah
dan tidak segar ketika bangun dari
tidur. Sebaliknya orang yang sering meditasi
memerlukan lebih sedikit tidur dan
tubuhnya juga lebih sihat dan segar.
EEG adalah pengukuran dengan menggunakan
Mind Mirror. Oleh kerana kita tidak
mempunyai ESR dan EEG maka
yang perlu diperhatikan adalah Pengalaman/Sensasi
Subjektif.
Berikut adalah Subjective Landmark:
LEVEL: 0
Pengalaman/Sensasi Subjektif:
• Mungkin mengalami kesulitan untuk
mendiamkan fikiran atau fikiran melompat ke
sana ke mari tidak terkawal.
• Perasaan gatal, tidak fokus.
• Perasaan “Mengapa saya melakukan
hal ini?”.
• Mulai rileks.
• Perasaan mulai “tenang”
ESR: 25 - 20
EEG:
• Beta berterusan, sering bersamaan
dengan lonjakan gelombang-gelombang yang
lain.
• Kemungkinkan Alpha muncul
sesekali.
LEVEL: 1
Pengalaman/Sensasi Subjektif:
• Kondisi “kabur”.
• Perasaan kurang nyaman.
• Sensasi seperti orang yang
dibius/diberi ubat pelali.
• Kadangkala merasa pusing.
• Sensasi hanyut menuju tidur atau
tertarik keluar dari tidur.
ESR: 20 - 26
EEG:
• Beta yang sudah agak berkurang, tetapi
masih ada.
• Alpha yang muncul sesekali tetapi
lebih kuat.
LEVEL: 2
Pengalaman/Sensasi Subjektif:
• Energi yang tercerai berai mulai
menyatu.
• Mulai merasakan ketenangan dan
rileksasi.
• Gambar mental yang sangat jelas
muncul secara tiba-tiba.
• Imbasan balik kenangan masa kecil.
• Gambar dari masa lalu yang “lama”
dan “baru”.
• Perhatian tidak terlalu terpusat.
• Perasaan berada di antara dua
kondisi.
• Kondisi transisi.
ESR: 16 - 14
EEG:
• Beta berkurang
• Alpha semakin kuat – mampu
bersifat berterusan.
• Theta (frekuensi rendah) muncul
sesekali.
LEVEL: 3
Pengalaman/Sensasi Subjektif:
• Perasaan stabil yang lebih kuat.
• Kondisi yang pasti.
• Sensasi tubuh yang menyenangkan:
merasa terapung, ringan, bergerak,
bergoncang.
• Gerakan berirama yang muncul
sesekali.
• Gambar yang semakin banyak dan
lebih jelas.
• Meningkatnya kemampuan visualisasi
yang jelas.
ESR: 14 - 11
EEG:
• Beta sangat berkurang.
• Alpha berterusan
• Kemungkinan theta yang lebih
berterusan dengan peningkatan frekuensi.
LEVEL: 4
Pengalaman/Sensasi Subjektif:
• Kesedaran yang sangat kuat
terhadap pernafasan.
• Kesedaran yang sangat kuat
terhadap detak jantung, aliran darah, dan sensasi tubuh
lainnya.
• Perasaan kehilangan batas-batas
tubuh (tidak lagi merasakan keberadaan tubuh
• Perasaan tubuh menjadi sangat
besar atau sangat kecil.
• Perasaan tubuh menjadi sangat
berat atau sangat ringan.
• Kadangkala berpindah antara
kesedaran internal dan eksternal.
ESR: 11 - 8
EEG:
• Beta yang sangat berkurang
• Alpha berterusan
• Theta meningkat
LEVEL: 5
Pengalaman/Sensasi Subjektif:
• Kondisi kesedaran yang sangat
tinggi.
• Perasaan puas yang mendalam.
• Sangat sedar/waspada, tenang, dan
terpisah dari keadaan sekeliling.
• Perasaan “lepas” atau hilang dari
lingkungan atau tubuh.
• Bila menginginkan (niat) maka
gambaran mental yang muncul adalah sangat-sangat
jelas.
• Perasaan kondisi kesedaran yang
meningkat, yang tidak terdapat pada level
sebelumnya iaitu pada Level 0 – 4.
• Perasaan pengalaman puncak, luar
biasa, pemahaman intuitif.
• Prestasi tinggi
ESR: 8 - 5
EEG:
• Penguasaan beta yang sangat baik –
mulai dengan tidak adanya fikiran hingga
fikiran-fikiran kreatif
• Alpha berterusan
• Theta berterusan
LEVEL: 6
Pengalaman/Sensasi Subjektif:
• Cara baru (berbeza) dalam
merasakan sesuatu
• Pemahaman intuitif terhadap
masalah sebelumnya, seakan melihat dengan level
kesedaran yang lebih tinggi.
• Sensasi dikelilingi oleh cahaya.
• Perasaan kesedaran kerohanian yang
lebih tinggi.
• Sensasi semuanya tidaklah penting
selain kondisi yang dialami saat itu.
• Mengalami kebahagiaan yang luar
biasa.
• Mengalami ketenangan yang tak
dapat dilukiskan.
• Perasaan tentang pengetahuan yang
lebih mendalam mengenai alam semesta.
ESR: 5 - 0
EEG:
Empat pola yang mungkin terjadi:
1. Fikiran yang terjaga (beta, alpha,
theta, delta)
2. Meditasi optimal (alpha, theta,
delta)
Percuma Buku Metafizik Reiki Kuasai Minda |
Antara tajuk besar dalam buku ini adalah :
Aplikasi Reiki
Reiki Seharian
Kunci Utama Reiki
Meditasi Umum vs Meditasi Reiki
Energi Reiki Boleh diprogram
Kuasa Minda
Pernafasan 7 Chakra
Kunci Ilmu Pengasih Warisan
Teknik Afirmasi
Pengamal Reiki Harus Lakukan
Reiki Untuk Pelaris Perniagaan
Reiki Dan Afirmasi
Latihan Pengamal Reiki
Pancarkan Kasih Sayang
Program Dunia Dalaman Diri Sendiri
Kuasai Minda- Mengaktifkan Minda Bawah Sedar
Teknik Laser
Tips Rawatan Reiki
Software Minda Bawah Sedar
Posisi Tangan Penyembuhan Diri Reiki
Kuasai Minda- Vision Board
Kunci Reiki
Password Reiki
Doa Luar Biasa Terkabul
Kaedah Generator
Reiki Seharian
Kunci Utama Reiki
Meditasi Umum vs Meditasi Reiki
Energi Reiki Boleh diprogram
Kuasa Minda
Pernafasan 7 Chakra
Kunci Ilmu Pengasih Warisan
Teknik Afirmasi
Pengamal Reiki Harus Lakukan
Reiki Untuk Pelaris Perniagaan
Reiki Dan Afirmasi
Latihan Pengamal Reiki
Pancarkan Kasih Sayang
Program Dunia Dalaman Diri Sendiri
Kuasai Minda- Mengaktifkan Minda Bawah Sedar
Teknik Laser
Tips Rawatan Reiki
Software Minda Bawah Sedar
Posisi Tangan Penyembuhan Diri Reiki
Kuasai Minda- Vision Board
Kunci Reiki
Password Reiki
Doa Luar Biasa Terkabul
Kaedah Generator
Ilmu yang amat bermakna dalam kehidupan kita seharian, segalanya dapat diterjemahkan melalui buku ini.
Ianya PERCUMA dan TERHAD kepada 50 orang pembeli sahaja.
Arahan: Sila ikut dua langkah
mudah berikut untuk membuat tempahan
A. MASUKKAN RM80 KE DALAM NO AKAUN BANK DI BAWAH
Sila masukkan emel shining_bee@live.com sekiranya pembayaran secara online transfer.
Bank | Pemilik Akaun | No Akaun |
Public Bank | Noorhayati Ahmad | 4897255313 |
B. SMS KE NO 010 788 0995 DAN NYATAKAN BUTIRAN BERIKUT
Nama Penuh : Email : Alamat Penuh:
PENGHANTARAN
PP
Penghantaran Secara PERCUMA Bagi Sekitar Kota Kinabalu Sahaja.
Bagi Diluar Kawasan Kota Kinabalu Penghantaran Hanya Menggunakan POS LAJU Sahaja.
Kos Penghantaran Ditanggung Pembeli.
00:55
|
Labels:
eBook/Risalah
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment