About Me
DOWSING ROD
Anda berminat untuk mengetahui ukuran aura anda dan orang di sekeliling anda?
Mahukah anda jika saya tunjukkan cara bagaimana untuk anda mengukur Aura seseorang?
Mungkin ada yang bertanya...apa itu Aura?
Aura merupakan medan tenaga hidup yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ianya juga digelar sebagai
gelombang elektro-magnetik jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna
pelangi yang diserap.
Pancaran tenaga di luar tubuh ini terhasil daripada proses metabolisme yang terjadi
di dalam tubuh sehingga membentuk pancaran gelombang tenaga yang terdiri
daripada ion positif dan ion negatif. Sungguhpun sinaran aura yang
berbentuk telur raksasa itu tidak kelihatan, sebenarnya ia wujud di persekitaran
dan menyelebungi tubuh manusia, haiwan serta tumbuhan hidup.
Aura merupakan
“perisai” ataupun “pakaian qalbu” individu.Ianya juga saling berkait dan
dipengaruhi oleh interaksi dalaman emosi, minda, spiritual dan tubuh
individu.
Sifat aura adalah yang sesuatu tulus, bersih, positif dan harmoni...namun IANYA
BOLEH BERUBAH SEIRING DENGAN PERJALANAN EMOSI, MINDA, FIZIKAL & SPRITUAL individu. Fitrah kehidupan insan yang tidak pernah lepas dari dugaan dan cabaran tambahan pula dibesarkan dalam latar belakang serta sejarah yang berbeza
menyebabkan ada ketikanya pancaran aura menjadi tidak hormoni, kelam, busuk,
bocor dan tersumbat.
Keadaan ini
mengakibatkan individu tersebut melalui fasa
yang dinamakan EMOTIONAL BLOCKAGE. Lazimnya individu
yang berada di dalam keadaan sakit, stress, bimbang, resah, sedih,
marah, kesal ataupun terganggu emosi, minda atau ruhaninya mempunyai
aura yang tidak sekata warnanya serta ukuran aura yang lebih kecil
berbanding individu yang berada di dalam keadaan SIHAT dan SEJAHTERA
yang mempunyai warna aura yang seimbang dan lebih besar.
Untuk apa anda perlu mengetahui ukuran AURA seseorang?
Mengenalpasti kestabilan emosi individu | |
Mengenalpasti kejernihan hati serta karisma diri | |
Mengenalpasti kewujudan energi-energi negatif dan positif pada individu |
Dengan DOWSING ROD anda BOLEH mengetahui ukuran AURA anda, rakan anda, hidupan lain dan energi di sekeliling anda..
APAKAH DOWSING?
Dowsing adalah
kebolehan mencari jawapan dan bukti nyata dengan menggunakan peralatan
yang dipanggil Dowsing Rod. Ia digunakan secara meluas pada zaman dahulu
sebagai satu alat yang ringkas tetapi AMAT berkesan dalam usaha
mencari barang yang hilang seperti syiling, sumber air di bawah tanah,
termasuk juga mencari vitamin yang betul serta alat bantuan kesihatan
untuk tubuh badan.
Ini termasuklah
mengukur AURA seseorang individu. Malah bukan itu sahaja, dowsing rod
ini juga dapat mengukur kehadiran unsur negatif ataupun gangguan makhluk
halus yang hadir.
Walaupun kegunaan alat
dowsing tidak dapat dibukti secara saintifik masakini tetapi ia masih
satu alat alternatif yang SIGNIFIKAN dan memberi PENGETAHUAN dan
PENGALAMAN yang sangat menarik dalam mengaplikasikannya untuk kegunaan
harian kita.
SIAPA BOLEH MENGGUNAKAN DOWSING ROD?
Semua manusia mempunyai
kebolehan untuk melakukan dowsing. Terdapat juga sebilangan orang yang
begitu sensitif dan akan merasakan tindakbalas dowsing serta merta.
Manakala terdapat juga orang yang memerlukan latihan sebelum dapat
melihat atau merasakan kesannya.
SIAPAKAH ORANG TERKENAL YANG PERNAH MENGGUNAKAN DOWSING?
Berdasarkan sejarah
terdapat ramai dikalangan nama-nama besar seperti Leonardo da Vinci,
Robert Boyle, Thomas Edison, Albert Einstein dan Sir Isaac Newton yang
menggunakan teknik dowsing dalam bidang masing-masing. Mereka ini adalah
nama-nama yang berjaya menggunakan teknik dowsing dengan baik.
DOWSING ROD & AKTIVITI MEN-DOWSING
DOWSING ROD |
KEGUNAAN LAIN DOWSING ROD
DOWSING ROD SEBAGAI ALAT BANTUAN JUALAN
Pada masa kini, Dowsing Rod
popular sebagai alat bantuan jualan. Penggunaannya secara meluas mampu
meningkatkan jualan sesuatu produk. Bukti nyata apabila ujian pengukuran
aura dilakukan kepada sesuatu produk mampu meyakinkan pelanggan kepada
kekuatan sesuatu produk itu.
DOWSING ROD SEBAGAI ALAT LIE DETECTOR
Dowsing rod juga digunakan sebagai ujian samada seseorang itu bercakap benar atau bohong!
Untuk tujuan ini, apa yang
anda perlu lakukan ialah dengan memegang dowsing rod ke arah rakan anda
dan tanyakan soalan padanya. Sekiranya jawapan yang diberikan adalah
bohong maka pergerakan dowsing rod akan menguncup ke dalam dan sekiranya
jawapannya adalah benar maka dowsing rod akan mengembang ke luar.
Apa kata anda cuba lakukan pada rakan anda!
LAIN-LAIN KEGUNAAN
Kegunaan lain dowsing rod
ialah mencari barang yang hilang, sumber air dibawah tanah, mengesan
energi-energi di sekeliling kita dan pelbagai lagi. .
VIDEO PENGGUNAAN DOWSING ROD
Video ini compatible dgn browser Mozilla Firefox & Google Chrome.
Sekiranya anda menghadapi masalah utk melihat video ini sila copy dan
paste link ini ke alamat url browser anda
05:40
|
Labels:
Produk Kesihatan
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Di mana maw beli nie dowsing rod? dan berapa harganya.. Whatsapp di no 0168025679. Thanks
Post a Comment